GADIS JELITA TERBAKAR !! BALASAN TOLAK HUKUM ALLAH SW

KISAH NYATA !!!
GADIS JELITA TERBAKAR !! BALASAN TOLAK
HUKUM ALLAH SWT
Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu, ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ”
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu
cuba nak ingatkan aku supaya menutup
aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian
menutup aurat sedangkan aku masih mahu
bebas menayangkan tubuh badan ku di
khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa
yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis lantas cuba
memberikan telefon bimbitnya kepada orang
tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang
lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahanam untukku,”
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah
tanpa mengetahui bahawa dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis.
Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan
kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas
pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian
dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita
yang menggemparkan itu. Dalam suasana
kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang
terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar
api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat
mayat tersebut juga kehairanan kerana
tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di
atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai Muslim
sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya
s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai
lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini
atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata
yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi
kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. Janganlah menjadi orang yang
bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan
anda tertakluk dengan undang-undang yang
dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri
anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-
undang itu sehingga terlalu prihatin takut
kalau melanggar undang-undang tersebut .
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan
bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu
juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah
perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang
benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa
dapat menjaga lidah kita,
Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang
berasal di Malaysia dan kini berada di
perantauan sana.KISAH NYATA !!!

Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadis tersebut sangat menjolok
mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir

perantauan sana.

1 Komentar

Lebih baru Lebih lama